Ahad, 17 Ogos 2014

TAKLIMAT DATA PELAJAR ATAS TALIAN

Data Pelajar Atas Talian diwujudkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan sekolah dan Unit Hem Yayasan Islam Kelantan yang merangkumi maklumat pelajar dan bilangan mereka serta bilangan kelas.

Taklimat telah diadakan sebagaimana berikut :
12 & 13 Ogos 2014 - Bilik Seminar 1
14 Ogos 2014 - Bilik Seminar 2

Selasa, 24 Jun 2014

PERTANDINGAN AKHIR MULTIMEDIA

Assalamualaikum

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua sekolah yang telah menjayakan pertandingan Multimedia peringkat Zon yang telah berlangsung di 10 buah pusat pertandingan pada 18, 19 dan 21 jun 2014.

Tahniah Kepada semua sekolah yang telah berjaya ke Pertandingan Akhir Multimedia YIK 2014, manakala sekolah yang belum berjaya harap teruskan usaha di tahun hadapan, semoga kerja yang dilakukan dikira ibadah dan mendapat mardhatillah.

Kepada semua sekolah yang berjaya sila klik di link berikut untuk memuat turun fail-fail yang berkaitan.

BORANG SENARAI NAMA PESERTA
BORANG SENARAI NAMA PONYOKONG

Sekian wassalam.

Selasa, 11 Mac 2014

MESYUARAT DAN TAKLIMAT PERTANDINGAN MULTIMEDIA KALI PERTAMA

Perjumpaan pengerusi zon dan guru-guru IT sekolah-sekolah Maahad, Maahad Tafiz, SMUA dan SABK di bawah Yayasan Islam Kelantan telah diadakan pada 10 Mar 2014. Perjumpaan itu telah diadakan di bilik Seminar 1.
Kehadiran seramai 75 guru IT dan 4 Pengerusi Zon turut menjayakan mesyuarat dan taklimat tersebut.

Hasil perbincangan dalam perjumpaan tersebut 
·         Pertandingan Multimedia peringkat zon pada 18 jun 2014
·         Pertandingan Multimedia peringkat YIK pada 26 jun 2014

Khamis, 23 Januari 2014

PERJUMPAAN PERTAMA PARA PENTADBIR DAN GURU LAMAN WEB SEKOLAH YIK

21 RABI'UL AWWAL 1435H / 22 JANUARI 2014M
Pertemuan kali pertama antara Para Pentadbir dan guru laman web Maahad dan Maahad Tahfiz  YIK telah diadakan di Makmal Komputer YIK. Kehadiran amat memberangsangkan.
Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan YIK 2014 telah menyarankan beberapa perkara kepada pihak pentadbir sekolah bagi memperkemaskan pengurusan ICT seperti menyediakan fail rasmi di bawah kod 1100. Pihak BTPYIK juga mengharapkan kelangsungan laman web sekolah sekolah Yayasan Islam Kelantan akan memperlihatkan peningkatan dan kemajuan serta memberi manfaat yang lebih besar dalam semua bidang terutama P&P tambahan lagi mengaplikasikan hasrat Yang Mulia Tuan Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Para Pentadbir dan Guru Laman Web Khusyu' mengamati laporan laman web
Komitmen yang diberi Allah ganjari...Amin