Khamis, 23 Januari 2014

PERJUMPAAN PERTAMA PARA PENTADBIR DAN GURU LAMAN WEB SEKOLAH YIK

21 RABI'UL AWWAL 1435H / 22 JANUARI 2014M
Pertemuan kali pertama antara Para Pentadbir dan guru laman web Maahad dan Maahad Tahfiz  YIK telah diadakan di Makmal Komputer YIK. Kehadiran amat memberangsangkan.
Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan YIK 2014 telah menyarankan beberapa perkara kepada pihak pentadbir sekolah bagi memperkemaskan pengurusan ICT seperti menyediakan fail rasmi di bawah kod 1100. Pihak BTPYIK juga mengharapkan kelangsungan laman web sekolah sekolah Yayasan Islam Kelantan akan memperlihatkan peningkatan dan kemajuan serta memberi manfaat yang lebih besar dalam semua bidang terutama P&P tambahan lagi mengaplikasikan hasrat Yang Mulia Tuan Pengarah Yayasan Islam Kelantan.
Para Pentadbir dan Guru Laman Web Khusyu' mengamati laporan laman web
Komitmen yang diberi Allah ganjari...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan