Ahad, 2 Ogos 2015


KEMASKINI MAKLUMAT GURU-GURU DATA 
DI SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN

Assalamualaikum wrt wbt

Bahagian Teknologi Pendidikan sedang mengemaskini maklumat Guru Data di semua sekolah Yayasan Islam Kelantan.

Sila klik pada pautan berikut untuk mengemaskini maklumat Guru Data:
  1. Maklumat Guru Data.

KRITERIA PERLANTIKAN GURU DATA:

  1. Mempunyai kemahiran menggunakan sistem berkomputer
  2. Komited terhadap pengurusan data
  3. Jawatan Guru Data yang disandang akan gugur sekiranya guru tersebut telah berpindah ke sekolah yang telah sedia ada guru data.
  4. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan guru data sekolah, pengisian jawatan tersebut perlu dibuat dalam tempoh 2 bulan dan hendaklah dihantar oleh pihak sekolah ke Yayasan Islam Kelantan ( Bahagian Teknologi Pendidikan)
SENARAI TUGAS GURU DATA

Peringkat             : Sekolah
Jawatan               : Guru Data Sekolah Agama
Waktu Bertugas  : Mengikut waktu persekolahan


  1. Menjalankan tugas rasmi sebagai guru sekolah agama sebagaimana yang ditetapkan oleh agensi yang melantik
  2. Mengurus kemasukan dan pengemaskinian maklumat sekolah agama, Guru sekolah dan murid sekolah dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam ( SIMPENI) dari semasa ke semasa.
  3. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan